SERONOKNYA MENDEKO SUGAR COOKIES

“Seronok kan? Bila ada ilmu dan tunjuk ajar yang TEPAT, dapat mendeko tema kartun pilihan kita.”

Tonton dekorasi bertemakan Didi & Friends. Ini adalah antara pengalaman Mykekiss bersama Team Didi & Friends suatu masa dahulu.

“Betul ke seronok? Tentu saja kerana ada bimbingan dari pengajar yang BERPENGALAMAN lebih dari 9 tahun.”

Tonton dekorasi kartun karakter yang bertemakan Cam & Leon. Ini juga salah satu memori yang seronok ingin dikongsikan.

KELAS SUGAR COOKIES BERSAMA MYKEKISS

KELAS ONLINE MYKEKISS adalah platform di mana Muslimah Cookies Art mengajarkan kepada bakal-bakal pelajar yang berminat untuk mempelajari secara mendalam berkenaan sugar cookies dan pelbagai resepi lain.

Tidak seperti Kelas Sugar Cookies yang lain, KELAS MYKEKISS dibimbing oleh tenaga pengajar berpengalaman lebih 10 tahun, sangat berdedikasi dan banyak perkongsian yang sangat bermanafaat.”

Hartini Ngajib

KENALI PENGASAS MYKEKISS

Semuanya bermula setelah saya berhenti kerja. Saya mendapat tempahan pertama dari kenalan yang berkongsi gambar Sugar Cookies dari sumber Google. Sejak dari itu, bermula langkah pertama perjalanan saya bersama Mykekiss sehingga kini.

KENAPA ANDA PERLU SERTAI KELAS BERSAMA KAMI

Tenaga Pengajar Berpengalaman

Pengajar mempunyai pengalaman sepenuh masa dan lebih dari 9 tahun di dalam bidang ini. Banyak info dan teknik yang dapat dipelajari.

Dedikasi

Komitmen yang sangat tinggi terhadap pengajaran serta minat yang sangat mendalam terhadap bidang ini menjadikan pengajar mempunyai dedikasi terbaik.

Perkongsian Bermanafaat

Melalui pengalaman yang banyak dari tempahan harian, membolehkan pengajar berkongsi pelbagai isu-isu berkait serta masalah yang bakal dihadapi.

Soalan & Jawapan

FAQ

“Recipes tell you nothing. Learning techniques is the key.”
— Tom Colicchio

Mykekiss menawarkan kelas secara Hands On dan kelas secara atas talian. Kelas secara atas talian adalah yang telah siap direkod dan semua nota-nota penting berkaitan kelas akan diberikan. Hands On kelas pula adalah kelas secara bersemuka yang juga diadakan di Studio Mykekiss secara berkala. Terdapat kelas secara berkumpulan juga secara individu.

Kelas secara talian boleh ditonton berulang-ulang kali untuk selama-lamanya tanpa ada tarikh luput.

Tahap kemahiran setiap orang adalah berbeza, namun kesungguhan serta latihan yang kerap dapat membantu untuk meningkatkan kemahiran seseorang. Jangan mudah berputus asa dalam mendeko sugar cookies ini kerana ianya memang memerlukan masa untuk mahir dan mendapat hasil yang memuaskan.

Sudah semestinya pelajar boleh sentiasa mengajukan pertanyaan untuk mendapatkan kepastian serta pemahaman yang lebih mendalam dalam bidang ini. Pelajar juga boleh sentiasa berkongsi hasil biskut yang telah dibuat.

Bahan-bahan untuk menghasilkan sugar cookies kini sangat mudah untuk didapati. kebanyakkan kedai-kedai bakeri jugak ada menjual barang-barang berkaitan seperti cutters, gula ising, stencils, gel color untuk mewarna Royal Icing dan lain-lain.

Keistimewaan kelas yang dianjurkan oleh Mykekiss adalah semuanya akan diajar dengan terperinci mengikut tahap kelas yang dihadiri. Mykekiss juga adalah antara Pengajar sugar cookies yang berpengalaman dan menghasilkan dan juga menjual sugar cookies. 

Pengalaman Pengajar yang telah menceburi dalam sugar cookies lebih dari 9 tahun amatlah berharga.

Kelas yang dianjurkan oleh Mykekiss adalah sangat teratur dari segi resepi dan juga cara yang diajarkan oleh tenaga pengajar sangat mudah diikuti dan difahami.

Kelas sugar cookies ini telah dianjurkan lebih dari 5 tahun dan telah banyak aspek-aspek penting yang telah diperbaiki dari masa ke masa untuk kemudahan bakal pelajar.

Kelas sugar cookies anjuran Mykekiss ini sesuai untuk semua peringkat masyarakat. Mykekiss mempunyai beberapa tahap kelas sugar cookies mengikut kesesuaian. Untuk yang tiada pengalaman langsung dalam bidang ini, boleh bermula dari tahap Asas dan tahap seterusnya mengikut kemahiran masing-masing.

PAKEJ KELAS

No product found.
HUBUNGI KAMI

Kami adalah perniagaan HOME BASED. Studio baking adalah berkonsep tertutup dan tiada pelanggan ‘walk in’. Sila dapatkan temujanji untuk sebarang urus niaga.

Email & Phone

mykekiss@gmail.com
+6018 4667 990

Connect