Founder
Hartini Ngajib
Assalamualaikum & Hello.
Hartini adalah Founder Muslimah Cookies Art untuk Mykekiss sejak dari tahun 2013. Telah menamatkan pengajian dalam bidang Perakaunan di Universiti Teknologi Mara di Arau, Perlis dan memulakan karier sebagai kerani Bank & Pegawai di HSBC(M) Bank Berhad selama beberapa tahun.
Semuanya bermula setelah Puan Hartini berhenti kerja. Puan Hartini mendapat tempahan pertama dari kenalan yang berkongsi gambar Sugar Cookies dari sumber Google. Sejak dari itu, bermula langkah pertama perjalanan Puan Hartini bersama Mykekiss sehingga kini.
Pelbagai kenangan berharga berada di dalam perniagaan ini selain menghasilkan bermacam-macam tema sugar cookies. Dan ianya suatu pengalaman yang sangat menyeronokkan dan mencabar. Pelbagai jenis tema Sugar Cookies yang telah Puan Hartini hasilkan untuk memenuhi kehendak dan permintaan.
Kini, selain dari menjual Sugar Cookies yang telah dideko, kelas juga telah dianjurkan sebagai suatu platform berkongsi ilmu dalam bidang ini.
Dan pastinya pengalaman sugar cookies ini adalah pengalaman terindah untuk sentiasa disyukuri.