F.A.Q

SUGAR COOKIES

SOAL JAWAB SUGAR COOKIES

Biskut & Penyelesaian

Sugar Cookies oleh Mykekiss hanya mempunyai perasa Vanila Butter Cookies. Ianya dihasilkan menggunakan Pure Butter serta bahan-bahan lain tanpa kekacang.

Biskut yang telah siap dideko boleh disimpan selama 1-3 bulan. Pastikan biskut yang dibeli telah ditutup rapat dan tidak terdedah dengan udara luar untuk mengekalkan kesegaran biskut. Jika plastik atau bekas biskut telah dibuka, seeloknya dihabiskan terus.

Biskut boleh diposkan ke negeri lain tetapi risiko untuk pecah masih ada. Namum, pelbagai cara boleh untuk mengelakkan dari biskut mudah pecah seperti membaluti dengan menggunakan ‘bubble wrap’, kotak yang tebal, menampal tanda ‘FRAGILE’ di kotak biskut sebelum sedia untuk diposkan ke seluruh Malaysia.

Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan Sugar cookies adalah butter, gula ising, telur, tepung dan esen vanila serta Meringue powder.

Semua hiasan di atas biskut termasuk tulisan pen adalah boleh dimakan. Pen yang digunakan juga adalah ‘Edible Pen’. Hiasan bunga serta edible image semua boleh dimakan.

ROYAL ICING

SOAL JAWAB BERKAITAN ROYAL ICING

Penyelesaian Masalah RI

Meringue powder adalah campuran yang mengandungi serbuk putih telur yang dipasteurkan, krim tartar dan sedikit tepung jagung. Meringue powder boleh dibeli di kedai-kedai bakeri berdekatan anda.

Saya menggunakan meringue powder berjenama Wilton. Cara bancuhan royal icing menggunakan jenama Wilton boleh dilihat pada label botol. Terdapat juga jenama selain Wilton yang boleh digunakan seperti:-

  • CK meringue powder
  • ChefMaster meringue powder, dll

Selain dari meringue powder, serbuk putih telur yang dijual juga boleh digunakan untuk membancuh Royal Icing. Dapatkan resepi yang terbaik untuk membancuh Royal Icing menggunakan serbuk putih telur.

Lebihan Royal Icing untuk projek yang telah siap, boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk digunakan semula pada waktu akan datang. Royal Icing boleh disimpan di dalam peti ais untuk 1-2 bulan.

Jika RI anda mengeluarkan bau yang masam dan hanyir putih telur, RI itu sudah rosak. Anda perlu membancuh RI yang baru.

KELAS SUGAR COOKIES

SOAL JAWAB BERKAITAN KELAS

Kelas & Isu-Isu Berkait

Mykekiss menawarkan kelas secara Hands On dan kelas secara atas talian. Kelas secara atas talian adalah yang telah siap direkod dan semua nota-nota penting berkaitan kelas akan diberikan. Hands On kelas pula adalah kelas secara bersemuka yang juga diadakan di Studio Mykekiss secara berkala. Terdapat kelas secara berkumpulan juga secara individu.

Kelas secara talian boleh ditonton berulang-ulang kali untuk selama-lamanya tanpa ada tarikh luput.

Tahap kemahiran setiap orang adalah berbeza, namun kesungguhan serta latihan yang kerap dapat membantu untuk meningkatkan kemahiran seseorang. Jangan mudah berputus asa dalam mendeko sugar cookies ini kerana ianya memang memerlukan masa untuk mahir dan mendapat hasil yang memuaskan.

Sudah semestinya pelajar boleh sentiasa mengajukan pertanyaan untuk mendapatkan kepastian serta pemahaman yang lebih mendalam dalam bidang ini. Pelajar juga boleh sentiasa berkongsi hasil biskut yang telah dibuat.

Bahan-bahan untuk menghasilkan sugar cookies kini sangat mudah untuk didapati. kebanyakkan kedai-kedai bakeri jugak ada menjual barang-barang berkaitan seperti cutters, gula ising, stencils, gel color untuk mewarna Royal Icing dan lain-lain.

Keistimewaan kelas yang dianjurkan oleh Mykekiss adalah semuanya akan diajar dengan terperinci mengikut tahap kelas yang dihadiri. Mykekiss juga adalah antara Pengajar sugar cookies yang berpengalaman dan menghasilkan dan juga menjual sugar cookies. 

Pengalaman Pengajar yang telah menceburi dalam sugar cookies lebih dari 9 tahun amatlah berharga.

Kelas yang dianjurkan oleh Mykekiss adalah sangat teratur dari segi resepi dan juga cara yang diajarkan oleh tenaga pengajar sangat mudah diikuti dan difahami.

Kelas sugar cookies ini telah dianjurkan lebih dari 5 tahun dan telah banyak aspek-aspek penting yang telah diperbaiki dari masa ke masa untuk kemudahan bakal pelajar.

Kelas sugar cookies anjuran Mykekiss ini sesuai untuk semua peringkat masyarakat. Mykekiss mempunyai beberapa tahap kelas sugar cookies mengikut kesesuaian. Untuk yang tiada pengalaman langsung dalam bidang ini, boleh bermula dari tahap Asas dan tahap seterusnya mengikut kemahiran masing-masing.