Cara Penjagaan & Penyimpanan Sugar Cookies

      1 Comment on Cara Penjagaan & Penyimpanan Sugar Cookies

Assalamualaikum semua,

Hari ini, saya ingin berkongsi tentang cara Penjagaan & Penyimpanan Sugar Cookies.

Nampak macam mudah dan simple kan tajuknya tetapi jika tersalah cara penjagaan dan simpanan sugar cookies ini pasti kecewa menanti di hari bahagia.

Bagaimana cara yang terbaik untuk simpanan dan jagaan sugar cookies ini?

Cara-cara untuk Penjagaan & Penyimpanan Sugar Cookies: –

  1. SIMPAN DI LUAR SAHAJA

Sejurus selepas menerima sugar cookies, simpan sahaja cookies di luar. Pastikan sugar cookies yang diterima telah disimpan di dalam plastik atau bekas yang kedap udara serta tidak terdedah. Sugar cookies yang dijual oleh Mykekiss  telah disimpan dan diletakkan di dalam plastik/ kotak yang kedap udara.

2. DISIMPAN SEHINGGA 3 BULAN

Sugar Cookies boleh disimpan sehingga 3 bulan. Tetapi jika bekas atau plastik telah dibuka, hendaklah dihabiskan segera untuk mengelakkan dari sugar cookies telah terdedah dengan udara yang akan menyebabkan sugar cookies menjadi lemau dan terdedah kepada semut dan lain-lain.

3.JANGAN SIMPAN DALAM PETI SEJUK

Elakkan menyimpan sugar cookies di dalam peti sejuk jika belum sampai waktu majlis yang ingin diraikan. Sebaiknya letakkan saja di luar suhu bilik. Menyimpan sugar cookies di dalam peti ais akan menyebabkan plastik/ kotak sugar cookies menyimpan wap-wap air dan akan menyebabkan dekorasi di atas biskut menjadi rosak. Namun, jika biskut yang diterima ingin disimpan pada jangka hayat yang lebih lama dari 3 bulan boleh disimpan di dalam peti ais, cuma perlu berhadapan dengan risiko wap air sahaja.

Jadi, mudah saja cara menjaga dan menyimpan sugar cookies kesayangan kita ini.

Jangan lupa untuk kongsikan tips ini dengan rakan-rakan.

 

love,

Hartini

1 thought on “Cara Penjagaan & Penyimpanan Sugar Cookies

  1. Pingback: 5 Fakta Menarik Tentang Sugar Cookies – Mykekiss Blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *