
Pernah makan sugar cookies kan sebelum ini? Anda nak tahu apa fakta menarik berkaitan sugar cookies yang dibuat secara home made?
Jom ketahui 5 Fakta Menarik tentang Sugar Cookies:-
- BAHAN TERBAIK
Sugar Cookies dihasilkan dari mentega asli, gula yang halus, tepung yang ringan, esen vanila yang diimport serta telur gred terbaik. Penghasilan sugar cookies menggunakan bahan-bahan yang bermutu tinggi demi mendapatkan tekstur yang sesuai untuk didekorasi kemudian.
2. COMEL & CANTIK
Sugar Cookies yang dihasilkan secara ‘handmade’ adalah sangat comel dan cantik bersesuaian dengan tema yang telah dipilih. Sugar Cookies yang bersaiz kecik sangat sesuai dengan tema-tema kartun yang sangat comel. Manakala rekaan sugar cookies yang berkonsepkan perkahwinan & corporate lebih cantik dan elegen. Tema-tema yang dipilih bersesuaian dengan konsep jamuan serta acara yang dilangsungkan.
3. TAHAN LAMA
Sesuai dengan pemilihan bahan-bahan yang terbaik, Sugar Cookies ini dapat bertahan sangat lama sehingga ke 3 bulan. Secara mudahnya, jika sugar cookies ini diberi penjagaan dan penyimpanan yang betul pastinya ketahan sugar cookies ini dapat dipanjangkan kepada waktu yang lebih lama. Dapatkan info-info tentang cara penjagaan dan penyimpanan sugar cookies ini di sini.
4. CUSTOM MADE
Oleh kerana sugar cookies ini adalah ‘handmade’, pastinya pelanggan mempunyai pilihan untuk menghasilkan sugar cookies yang tersendiri. Sugar cookies ini sangat ekslusif kerana boleh direka khas mengikut permintaan serta lain dari yang lain.
5. BUATAN TANGAN
Semua dekorasi di atas sugar cookies adalah buatan tangan atau ‘handmade’. Semua hasil sugar cookies ini sangat unik kerana mendapat ‘personal touch’ pendekorasi. Pastinya semua sugar cookies ada keunikannya tersendiri berbanding biskut yang ada di dalam pasaran.
Pastinya perasaan yang sangat puas hati apabila dapat memenuhi permintaan sugar cookies mengikut tema dan corak yang dipilih.
Jangan lupa untuk kongsikan fakta menarik ini.
Sampai jumpa lagi untuk lebih banyak info, tips dan tutorial sugar cookies.
Love,
Hartini